Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9b akan dilancarkan di Malaysia pada 1 November ini- pra-tempahan bermula 27 Oktober

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X9b akan dilancarkan di Malaysia pada 1 November ini.

Honor X9b adalah sebuah telefon pintar yang tampil dengan ketahanan tinggi dengan teknologi All-angle Ultra Tough dan ianya merupakan telefon pintar pertama didunia yang telah menerima penarafan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland.

Honor X9b tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci bersama kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.

Selain itu, Honor X9b juga dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, Honor X9b disertakan dengan sistem kamera utama 108MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga memiliki bateri 5,800mAh dengan pengecasan pantas 35W.

Selain itu, Honor Malaysia juga akan membuka tempahan bagi Honor X9b  dari 27 hingga 31 Oktober dengan hanya bayaran pendahuluan RM9 sahaja. anda juga secara automatik layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang menang wang tunai kembali sehingga RM 1,500.

Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima hadiah percuma yang terdiri daripada penggantian skrin retak depan dan panel belakang untuk tempoh 365 hari, HONOR Choice Moecen Band, dan HONOR Choice Earbuds X5. 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.