Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Open dilancarkan secara rasmi – foldable pertama OnePlus

 

OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable pertama mereka iaitu OnePlus Open yang berasakan Oppo Find N3. 

OnePlus Open hadir dengan skrin paparan luaran berukuran 6.31-inci Super Fluid LTPO 3.0 AMOLED yang mempunyai kecerahan maksima 2,800nits. Ianya turut membawakan sokongan kadar segar semula 10Hz-120Hz yang dilapisi gelas nanokristal .

Skrin paparan utama adalah panel LTPO AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 1Hz-120Hz dengan kecerahan sehingga 2,800 nits yang turut dilapisi Flexion Ultra Thin Glass.

Beralih kepada cipset, OnePlus Open hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen , 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan dalaman jenis UFS 4.0.

Kepada kamera pula, OnePlus Open mempunyai 5 sensor kamera iaitu 3 sensor Hasselblad dibelakang yang terdiri daripada sensor utama 48MP (OIS) , sensor ultrawide 48MP dan sensor periskop telefoto 64MP (Prism OIS) . 2 lagi sensor adalah pada setiap skrin untuk tujuan selfie (32MP pada cover screen dan  20MP pada skrin utama).

Selain itu, OnePlus Open juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,805mAh yang disertakan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC Flash Charge yang mampu memenuhi peranti didalam masa 42 minit. Pengecasan tanpa wayar 15W AIRVOOC dan 10W reverse wireless charging juga disertakan.

OnePlus Open akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Voyager Black dengan kemasan  faux leather dan Emerald Dusk (hijau) dengan kemasan gelas pada harga $1,599 (RM 7,619).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.