Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship Xiaomi 14 Series akan dilancarkan pada 26 Oktober ini di pasaran China.

Xiaomi 14 Series akan terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro yang dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Ianya akan turut menjadi pentas Xiaomi memperkenalkan kamera dengan aperture fizikal boleh ubah yang dibangunkan bersama Leica.

Selain itu, Xiaomi 14 juga dikatakan akan membawakan pengecasan pantas 90W manakala Xiaomi 14 Pro akan memiliki pengecasan 120W.

Bagi pasaran global, Xiaomi 14 Series dijangka akan rasmi pada awal tahun 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.