Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N3 Flip kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,399

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flip terbaru mereka iaitu Find N3 Flip bagi pasaran global.

Oppo Find N3 Flip  tampil dengan beberapa penambahbaikan tambahan berbanding Find N2 Flip yang termasuk butang Mute seperti pada telefon pintar OnePlus.

Terus ke spesifikasi, OPPO Find N3 Flip masih mengekalkan cover screen yang sama seperti pada Find N2 Flip iaitu panel OLED berukuran 3.62-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan ianya kini menyokong pembukaan apa sahaja aplikasi.

Bercakap mengenai skrin utama, OPPO Find N3 Flip tampil dengan skrin LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz (1-120Hz) dan kecerahan maksima 1,600nits.

Seterusnya, OPPO Find N3 Flip dikuasakan dengan cipset daripada MediaTek iaitu Dimensity 9200 dan terdapat 12GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0.

Beralih kepada kamera, OPPO Find N3 Flip memiliki sensor utama 50MP IMX890 yang sama seperti pada Find N2 Flip namun dipadankan dengan sensor ultrawide 48MP dan terdapat sensor potret 32MP dengan zoom optik 3x. Terdapat kamera selfie 32MP pada paparan utama. Find N3 Flip juga disertakan dengan cip NPU MariSilicon X bersama sistem kamera Hasselblad.

Selain itu, OPPO Find N3 Flip turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang merupakan kapasiti terbesar pada telefon pintar kategori Flip dan ianya juga dipadankan bersama pengecasan pantas 44W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa sekitar 60 minit.

Dalam pada itu, OPPO Find N3 Flip tidak mempunyai sebarang perlindungan daripada air dan habuk.panel luar telefon pintar ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

OPPO Find N3 Flip kini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Gold dan Rose pada harga RM 4,399 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.