Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oukitel WP30 Pro akan dilancarkan bulan hadapan dengan bateri 11,000mAh dan pengecasan 120W

Pengeluar telefon pintar China yang sering mendapat perhatian iaitu Oukitel akan memperkenalkan telefon pintar flagship lasak mereka iaitu Oukitel WP30 Pro pada awal bulan November 2023 dan GSMArena telah berkongsi spesfikasi dan harga telefon pintar ini.

Oukitel WP30 Pro akan memiliki skrin paparan berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.  Terdapat juga satu lagi paparan pada bahagian belakang yang memaparkan kompas, status bateri, kawalan muzik, notifikasi dan jumlah langkah serta berfungsi sebagai viewfinder apabila menggunakan sensor utama.

Dalam pada itu, ianya memiliki sensor utama 108MP, sensor 20MP night vision dan sensor makro 5MP.

Seterusnya, Oukitel WP30 Pro ini dikuasakan cip Dimensity 8050, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ianya juga tampil dengan sistem operasi Android 13.

Selain itu, WP30 Pro ini juga memiliki penarafan IP68, IP69K, dan MIL-STD-810H bersama bateri 11,000mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 15 minit.

Akhir sekali, Oukitel WP30 Pro dijangka akan dilancarkan pada harga sekitar $330 sehingga $360.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.