Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oukitel U20 Plus dengan penawaran dwi-kamera dilancarkan di Malaysia pada harga RM639!

Oukitel U20 Plus dengan penawaran dwi-kamera dilancarkan di Malaysia pada harga RM639!

Oukitel Malaysia telah secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oukitel U20 Plus yang memfokuskan kamera.

Oukitel U20 Plus ini menawarkan sistem dwi-kamera 13+0.3 Megapixel yang membolehkannya menangkap gambar bokeh. Kamera hadapan pula menggunakan 5 megapixel.

Dari segi spesifikasi, U20 Plus ini hadir dengan skrin 5.5 inci HD penuh, pemproses MediaTek MT6737T, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Ruangan storan turut boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128GB. Bateri is berkapasiti 3,300 mAh.

Selain itu, ia juga mempunyai dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Untuk pilihan warna, ia mempunyai tiga pilihan iaitu hitam, kelabu dan emas. Untuk mereka yang berminat, anda boleh memiliki Oukitel U20 Plus ini pada harga RM639 di pasaran Malaysia sekarang.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.