Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ini adalah Oukitel WP19 Pro yang tahan lasak dan memiliki bateri 22,000mAh

Ini adalah Oukitel WP19 Pro yang tahan lasak dan memiliki bateri 22,000mAh 1

oukitel WP19 Pro

Pengeluar telefon pintar lasak terkemuka China iaitu Oukitel akan memperkenalkan Oukitel WP19 Pro pada bulan Disember dan GSMArena telah berkongsi gambar dan spesifikasi telefon pintar ini.

Oukitel WP19 Pro akan dikuasakan dengan cip Helio G99, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB serta sistem operasi Android 13.

Selain iti, Oukitel WP19 Pro juga akan memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.8-inci dengan resolusi FullHD+ bersama laposan Gorilla Glass dan kadar segar semula 120Hz refresh Paling mencuri tumpuan adalah WP19 Pro akan dilengkapi bateri berkapasiti 22,000 mAh bersama pengecasan 33W.

Seterusnya, WP19 Pro juga disertakan dengan 4 kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor 20MP Night Vision, sensor makro 2MP dan kamera selfie 16MP.

Dalam pada itu, Oukitel WP19 Pro ini akan memiliki penarafan IP68, IP69K, dan MIL-STD-810H. Ianya akan mempunyai ketebalan 29mm dan berat 592.3 gram.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.