Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition – Tablet terbaik untuk hiburan dan pembelajaran tanpa menjejaskan kesihatan mata

Pengenalan

Tablet tersebut adalah HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition bertujuan untuk memenuhi keperluan kerja pelajar kolej dan profesional muda yang memulakan kerjaya mereka.

Dengan reka bentuk ringan premium, HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan kadar segar semula yang tinggi, skrin paparan matte yang menawarkan pengguna pengalaman menulis yang lebih lancar, kelajuan pemprosesan setaraf PC dan sambungan yang berkualiti.

Untuk menyokong semua keperluan seperti komputer riba , HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition ini menyediakan produktiviti peringkat PC yang boleh membantu meningkatkan produktiviti kerja dalam persekitaran pembelajaran pejabat dan sekolah.

Berikut adalah ulasan HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299.

Rekaan

HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition menawarkan kemudahan yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai gaya hidup profesional muda dan pelajar. rekaan tablet yang nipis dan ringan juga membolehkan pengguna membawa peranti ini ke mana-mana dengan mudah dan digunakan semasa dalam perjalanan.

Selain itu, tablet ini tersedia didalam warna Space Gray yang bergaya dengan berat hanya 499g dan ketebalan sekitar 6.85mm, peranti ini menggunakan reka bentuk minimalis dan mempunyai rangka yang kukuh.

Dalam pada itu, Untuk mengelakkan isyarat elektromagnet daripada disekat, HUAWEI MatePad 11 edisi khas ini menggunakan Antena Huawei Cavity Slot Magnetic (CSM) untuk memberikan rintangan gangguan logam yang diperlukan. Penggunaan antena ini memberikan pemindahan isyarat yang optimum tanpa memerlukan jalur plastik pada rangka peranti.

Ini membolehkan HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition mengekalkan rekaan rangka yang menarik secara visual tanpa mengganggu akses kepada prestasi rangkaian yang unggul.

Secara keseluruhan, ianya adalah sebuah tablet yang menawarkan anda rekaan yang premium setaraf tablet kelas flagship dipasaran.

Skrin

HUAWEI MatePad edisi khas ini tampil dengan paparan HUAWEI FullView berukuran 11 inci yang  menampilkan resolusi 2560 × 1600 piksel (2.5K dan 275ppi), bersama-sama dengan kadar segar semula 120Hz yang memberikan pengguna pengalaman visual yang lancar dan jelas.

Apa yang membezakan tablet ini dengan HUAWEI MatePad 11 yang biasa adalah panel skrin yang menampilkan teknologi anti-silau nano yang menyingkirkan 97%  gangguan cahaya, sekaligus membawakan pengguna pengalaman visual seperti kertas. Kadar silau yang dikurangkan menjadikan setiap pandangan anda sejelas yang mungkin, supaya anda boleh membaca atau menonton video dengan kurang ketegangan mata.

Seterusnya, Paparan PaperMatte Edition ini didatangkan dengan getaran dan redaman mikro yang unik, untuk mencipta semula rasa dan pengalaman menggunakan pen di atas kertas. Nikmati penulisan seperti kertas, dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) yang menawarkan 4,096 tahap tekanan. HUAWEI M-Pencil ini disertakan secara percuma didalam kotak.

Selain itu, panel skrin ini juga memiliki nisbah skrin-ke-badan 86% yang menakjubkan dan paparan produktiviti 3:2 yang membolehkan pengguna menikmati skrin lebar yang sesuai untuk berbilang tugas yang cekap.

Dalam pada itu, untuk melindungi penglihatan pengguna, tablet ini dilengkapi dengan Pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Pensijilan Tanpa Flicker TÜV Rheinland.  Untuk memerangi kelipan pada skrin, HUAWEI MatePad 11 edisi khas ini menampilkan teknologi skrin Flicker Free yang diperakui TÜV Rheinland untuk mengurangkan kadar kelipan. Secara keseluruhannya, gabungan kadar penyegaran tinggi dan ciri perlindungan mata menyumbang kepada penggunaan tablet yang menyeronokkan dan mengasyikkan walaupun untuk jangka masa yang panjang.

Pemproses

HUAWEI MatePad 11 dilengkapi cip 4nm Snapdragon 7 Gen 1 yang dilihat mampu mengendalikan tugas yang mencabar dengan mudah dan cekap.

Pengguna boleh “multitasking” dengan lancar, melancarkan aplikasi dengan pantas dan menikmati prestasi permainan yang lancar dan responsif. Ini diterjemahkan dengan baik kepada penggunaan sekolah dan pejabat kerana pengguna boleh mengharapkan pengalaman yang lancar walaupun semasa menjalankan tugas intensif seperti kelas dalam talian dan pembentangan projek.

Lebih penting, HUAWEI MatePad 11 ini menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC seperti WPS Office yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna HUAWEI.

Pengguna boleh mengedit dokumen, menyiapkan pembentangan atau melakukan kiraan dengan aplikasi seperti WPS Office Document,  WPS Office Spreadsheet dan WPS Office Presentation yang menawarkan kebolehan penuh setaraf PC. Anda juga boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus bluetooth untuk pengalaman PC yang lebih menyeluruh.

Selain itu, tablet HUAWEI MatePad 11 ini juga dilengkapi ciri SuperHub yang menyediakan cara mudah untuk mengurus fail dan dokumen. Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub. Setelah dimuat naik, dokumen boleh diakses dengan mudah oleh mana-mana peranti lain yang disambungkan ke akaun yang sama. Dengan fungsi ini, ia menghapuskan kemungkinan pendua, memastikan proses pemindahan yang lancar.

Seterusnya, tablet HUAWEI ini juga dilengkapi aplikasi HUAWEI Notes yang menawarkan keupayaan menyeluruh ketika mengambil nota. dengan menggunakan skrin, papan kekunci dan stylus M-Pencil , pelajar boleh mencatat perkara penting melalui penulisan, lukisan rajah dan juga banyak lagi. Dengan pelbagai fungsi pengambilan nota, HUAWEI MatePad 11  boleh memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik.

Salah satu kelebihan dimiliki oleh HUAWEI MatePad 11 adalah keupayaan Multi-Window yang membolehkan anda menjalankan sehingga 4 tugasan serentak . Pelajar boleh menggunakan fungsi ini untuk memaksimumkan pengalaman pembelajaran mereka seperti mendengar tutorial dalam talian dan mengambil nota pada masa yang sama.

Akhir sekali, HUAWEI MatePad 11 juga menawarkan sokongan penuh pelbagai aplikasi berkaitan Google kegemaran anda seperti YouTube, GMail dan banyak lagi.

Bateri

HUAWEI MatePad 11 memiliki bateri berkapasiti 7,100mAh yang mampu memberikan anda penggunaan sepanjang hari dengan satu pengecasan penuh atau sekitar 10.5 jam waktu tontonan video.

Selain itu, ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 22.5W yang memberikan pengecasan yang lebih pantas kepada pengguna.

Penutup

HUAWEI MatePad 11 PaperMatter Edition adalah sebuah tablet yang berpatutan namun masih mampu menawarkan anda kebolehan dan prestasi seperti sebuah komputer peribadi. Ianya juga disertakan dengan teknologi skrin nano yang berjaya menyingkirkan kesilauan sehingga 97% yang sudah pastinya mengurangkan ketegangan mata.

Selain itu, sokongan aplikasi WPS Office yang setaraf pada komputer riba juga memastikan ianya adalah tablet ideal untuk anda melakukan kerja-kerja pejabat dengan lebih mudah dimana sahaja walaupun ketika didalam perjalanan. Ianya juga boleh dipadankan dengan papan kekunci HUAWEI SmartKeyboard.

HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299. Dapatkan di HUAWEI Experience Store atau secara atas talian di stor rasmi HUAWEI Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.