Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S23 FE – Premium dan Berkuasa

Samsung Galaxy S23 FE

Selepas tidak dilancarkan pada tahun lalu, Samsung meraikan peminat setia Samsung dengan peranti Fan Edition  bagi tahun 2023 dan ianya kini tampil dengan pakej serba lengkap dibawah siri Galaxy FE.

Samsung Galaxy FE Series nampaknya akan dilancarkan secara tahunan bermula tahun ini dan kita disajikan dengan empat peranti iaitu Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9+ FE dan Galaxy Buds FE.

Fokus kami pada artikel ini adalah Samsung Galaxy S23 FE yang merupakan sebuah alternatif terbaik daripada Samsung kepada pengguna yang mencari sebuah peranti flagship Samsung pada harga lebih berpatutan.

Samsung Galaxy S23 FE telah dilancarkan pada awal bulan ini dan ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999 sahaja dan ini adalah pandangan pertama kami tentang Samsung Galaxy S23 FE.

Rekaan Premium Seiras Galaxy S23

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan rekaan yang hampir sama seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dan ianya tampil dengan penggunaan aluminium namun ianya bukanlah teknologi Armor Aluminium yang sudah pastinya lebih kukuh dan ianya turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang. Ianya juga membawakan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Samsung Galaxy S23 FE ditawarkan didalam 4 warna menarik iaitu Mint, Graphite, Green dan Cream namun hanya dua warna akan ditawarkan jika anda memilih untuk membeli versi 128GB iaitu Graphite dan Mint sahaja.

Skrin Paparan 120Hz Dynamic AMOLED 2X

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan penggunaan skrin paparan flat Dynamic AMOLED 2X yang juga membawakan kadar segar semula 120Hz. Ianya memiliki resolusi FHD+ dan panel AMOLED Samsung sememangnya terbukti sebagai panel terbaik dipasaran.

Cip 4nm dengan Ray Tracing

Samsung Galaxy S23 FE ditawarkan didalam dua jenis cipset yang diperbuat daripada proses fabrikasi 4nm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200.

Nampaknya Impian peminat untuk mencuba cipset Exynos 2200 yang pertama kali ditawarkan pada Galaxy S22 Series kini menjadi realti melalui Galaxy S23 FE. Menariknya, Exynos 2200 ini juga tampil dengan GPU Xclipse 920 yang dibangunkan bersama AMD dan membawakan ciri Ray Tracing.

Bersama cip Exynos 2200, Galaxy S23 FE juga memiliki 8GB RAM bersama dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Menariknya, Samsung juga telah mengesahkan bahawa Galaxy S23 FE akan turut menerima 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Sistem Kamera Berkualiti Tinggi

Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi sensor utama 50MP yang mampu memberikan anda pengalaman pengeimejan yang setaraf peranti flagship Galaxy S23 Series. Bersama sensor utama, terdapat juga sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 8MP yang turut mempunyai kebolehan zoom 3x.

Dapatkan Galaxy S23 FE sekarang!

Samsung Galaxy S23 FE kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan promosi menarik yang membolehkan anda mendapatkan telefon pintar ini pada harga yang lebih berpatutan.

Berikut adalah promosi  yang akan ditawarkan dari 10 Oktober sehingga 30 November 2023 :

  • promosi storan berganda dengan diskaun sebanyak RM 300
  • diskaun sehingga 30%  pembelian dengan pembelian (PWP) bagi Samsung Care+, Galaxy Tab Series, Galaxy Buds Series yang terpilih dan Aksesori Samsung.
  • Daftar sebagai #GalaxyTroop dan dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM 500
  • Nikmati rebat RM 350 dengan trade-i

Dapatkan Samsung Galaxy S23 FE sekarang di Samsung Online Store atau di Samsung Experience Store yang berhampiran dengan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.