Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi bakal gantikan MIUI dengan sistem operasi MiOS

Xiaomi dan MIUI adalah nama yang sinonim sejak tahun 2010 dan MIUI kini sudah pun memasuki generasi ke-14 dengan jumlah pengguna aktif global mencecah 564 juta.

Menurut Digital Chat Station, MIUI mungkin bakal digantikan dengan sistem operasi baharu yang akan dikenali sebagai MiOS.

Lebih mustahak adalah samada MiOS hanya akan mempunyai nama yang berbeza atau Xiaomi membangunkan secara sepenuhnya sistem operasi ini. Laporan sebelum ini menyebut bahawa Xiaomi ingin membangunkan sistem operasi Android Open Source Project (AOSP) seperti Huawei yang boleh digunakan pada telefon pintar, tablet, peranti wearable dan kenderaan elektrik.

Selain itu, Xiaomi juga telah mendaftarkan tanda dagang MiOS dan domain mios.cn di China dan terdapat juga laporan yang mengatakan versi developer beta MiOS telah mula ditawarkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.