Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 sahaja
Menurut laporan akhbar dari Korea iaitu The Elec, Samsung Galaxy S24 Ultra akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 secara eksklusif tanpa mengira pasaran.
Walaubagaimanapun, ini tidak termasuk Galaxy S24 dan Galaxy S24+ yang akan ditawarkan didalam dua versi iaitu dengan Exynos 2400 atau Snapdragon 8 Gen 3 yang mana unit di pasaran Korea dan Eropah akan dikuasakan cip Exynos 2400 manakala unit yang ditawarkan dipasaran Amerika Utara akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3.
Ini sudah pastinya menimbulkan sedikit rasa kecewa dikalangan pengguna Samsung namun ianya masih positif kerana kesemua unit S24 Ultra masih menggunakan cip flagship Samsung.
Selain itu, cip Exynos 2400 dikatakan akan tampil dengan proses 4nm LPP+ dan cipset baharu ini dikatakan akan menawarkan prestasi CPU yang hampir dua kali ganda lebih berkuasa berbanding Exynos 2200 manakala prestasi AI adalah 15 kali lebih pantas.
Dalam pada itu, cip Snapdragon 8 Gen 3 pula akan diperbuat pada proses fabrikasi TSMC dan terdapat laporan bahawa ianya akan mempunyai versi 3nm dan 4nm namun segala persoalan akan terjawab tidak lama lagi.