Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Pad SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 799

Serentak dengan pelancaran Xiaomi 13T Series di Malaysia, Xiaomi juga telah mengumumkan pelancaran tablet Xiaomi Redmi Pad SE untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan dari RM 799 sahaja.

Xiaomi Redmi Pad hadir dengan skrin paparan LCD 1 bilion warna berukuran 11.0 dengan resolusi FHD+ (1920×1200 piksel) dan kadar segar semula 30-90Hz bersama-sama 4 pembesar suara Dolby Atmos.

Selain itu, Xiaomi Redmi Pad juga dikuasakan dengan cip 6nm Snapdragon 680 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Seterusnya, Xiaomi Redmi Pad SE ini juga dilengkapi satu unit kamera 8MP dibelakang dan satu unit 5MP dihadapan.

Tablet ini juga memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan pantas 10W, MIUI Pad 14 berasaskan Android 13 bersama jaminan 2 tahun kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini MIUI.

Xiaomi Redmi Pad ditawarkan di Malaysia mulai 7  Oktober ini didalam tiga pilihan warna iaitu Lavender Purple, Graphite Gray dan Mint Green pada harga RM 799.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.