Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Smart Band 8 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 199

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu jam kecergasan popular mereka iaitu Xiaomi Smart Band 8.

Xiaomi Smart Band 8 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.62-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan lebih cekap tenaga. Ianya dijana cip Apollo Blue Lite yang turut menawarkan pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan yang termasuk 150 mod sukan.

Selain itu, Xiaomi Smart Band 8 juga memiliki bateri 190mAh yang menawarkan sehingga 16 hari penggunaan didalam satu pengecasan.

Dari segi rekaan, Smart Band 8 masih mengekalkan rekaan yang hampir sama namun skrin jam kecergasan ini dilapisi gelas CORNING GG3 glass manakala kerangaka diperbuat daripada NCVM metallic serta ciri penukaran tali yang mudah dengan fungsi quick-release. Jam ini juga memiliki penarafan kali air 5ATM.

Akhir sekali, Xiaomi Smart Band 8 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 namun Xiaomi juga menawarkan promosi pembelian awal dari 27 September sehingga 22 Oktober yang membolehkan anda mendapatkanya pada harga RM 159 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.