Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 26 September – harga dari RM 1,799

Sejurus selepas pelancaran global sebentar tadi, Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi 13T Series akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia bermula 26 September ini (bermula jam 10 malam).

Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 26 September – harga dari RM

Xiaomi 13T Pro akan ditawarkan didalam tiga versi iaitu 12GB+256GB pada harga RM 2,499, diikuti versi 12GB+512GB pada harga RM 2,699 dan versi 16GB+1TB pula ditawarkan pada harga RM 3,499.

Dalam pada itu, Xiaomi 13T pula akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 8GB+256GB pada harga RM 1,799 dan versi 12GB+256GB pada harga RM 1,999.

Dalam pada itu, Xiaomi 13T Pro (12GB+256GB) dan Xiaomi 13T (8GB+256GB) akan ditawarkan secara eksklsufi di Xiaomi store di Lazada dan Shopee pada harga istimewa RM 1,699 dan RM 2,399 sahaja.

Bagi pra-tempahan sebelum 6 Oktober, setiap pembelian Xiaomi 13T Pro atau Xiaomi 13T akan turut menerima pakej premium yang termasuk 1 kali gantian skrin bagi 6 bulan pertama, 100GB storan Google One untuk 6 bulan dan 1+1 tahun waranti.

Selain itu, bagi pra-tempahan Xiaomi 13T Series di stor fizikal anda akan turut menerima Xiaomi Smart Band 8 (bernilai RM 199) dan Photography Gift Box (bernilai RM 299) manakala pembelian secara atas talian pula akan menerima Redmi Buds 4 Pro (bernilai RM 369) dan Xiaomi Smart Band 8 (bernilai RM 199)

Xiaomi 13T Series akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Alpine Blue, Meadow Green dan Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.