Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T dilancarkan secara rasmi – harga dari RM 1,799

Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T MalaysiaXiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru didalam Xiaomi T Series iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro yang tampil dengan teknologi kamera LEICA dan cip Dimensity daripada MediaTek.

Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro hadir dengan skrin paparan CrystalRes AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Panel ini juga akan menyokong kecerahan sehingga 2600 nits dan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5.

Selain itu, Xiaomi 13T akan dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 8200-Ultra bersama 8GB/12GB RAM (LPDDR5) dan storan 256GB (UFS 3.1) manakala Xiaomi 13T Pro pula tampil dengan cip MediaTek Dimensity 9200 Plus bersama 12GB/16GB RAM (LPDDR5X RAM)  dan storan dalaman sehingga 1TB (UFS 4.0). Ianya juga memiliki sistem penyejukan terbesar pada telefon pintar Xiaomi.

Dari segi kamera, Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro  memiliki sensor utama 50MP IMX707 dengan aperture f/1.9 dan OIS , sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 12MP. Ianya tampil dengan sistem kamera Leica yang sudah pastinya meningkatkan kualiti imej bersama pelbagai filter tambahan. Kamera selfie pada kedua model ini adalah sensor 20MP.

Seterusnya, Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro juga berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 5,000mAh namun 13T Pro akan tampil dengan pengecasan 120W HyperCharge (0-100% dalam masa 19 minit) manakala Xiaomi 13T akan tampil dengan pengecasan 67W HyperCharge (0-100% dalam masa 42 minit). Ianya turut menampilkan sistem pengurusan Xiaomi Surge Battery.

Lain-lain spesifikasi Xiaomi 13T Series ini adalah Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6 dan MIUI 14 yang berasaskan Android 13. Ianya juga menjadi peranti Xiaomi pertama untuk tampil dengan 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Xiaomi 13T Series akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia bermula 27 September ini didalam tiga pilihan warna iaitu Alpine Blue (kulit vegan) , Meadow Green dan Black pada harga serendah dari RM 1,799 sahaja.

maklumat pra-tempahan dan promosi di : Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 26 September – harga dari RM 1,799

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.