Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor V Purse kini telah dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 3,859

Honor baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar konsep Honor V Purse di IFA namun telefon pintar ini kini telah ditawarkan untuk jualan di pasaran China namun didalam kuantiti yang terhad.

Honor V Purse adalah telefon pintar foldable yang mempunyai ukuran 156.5 x 74.7 x 8.6mm dengan berat 214g yang menjadikanya lebih kecil dari beberapa model telefon pintar tradisional.

Selain itu, V Purse adalah telefon pintar yang mempunyai satu skrin lipat berukuran 7.71-inci yang merupakan panel OLED 10-bit yang mempunyai resolusi 2,348 x 2,016 piksel. Panel ini juga mempunyai liputan warna DCI-P3, kecerahan maksima 1,600nits, kadar segar semula 90HZ dan 2,160Hz PWM Dimming.

Selain itu, Honor V Purse juga dijana cip Snapdragon 778G bersama 16GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB serta antaramuka MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Beralih kepada kamera, V Purse memiliki tetapan kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 50MP f/1.9 bersama sensor ultrawide 12MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, V Purse juga memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 35W.

Seperti yang dipamerkan di IFA, Honor V Purse ini mempunyai rekaan seperti beg dompet wanita dan ianya menyokong pemasangan rantai selain paparan Always On Display yang boleh ditetapkan sesuai dengan penampilan pengguna.

Honor Magic V Purse kini ditawarkan dipasaran China pada harga CNY 5,999 (RM 3,859) bagi versi 16/256GB dan CNY 6,599 (RM 4,245) bagi 16/512GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.