Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI akan lancar dron terbaru Mini Series pada 25 September ini

DJI secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan melancarkan dron terbaru syarikat didalam siri Mini pada 25 September ini.

Walaupun tidak mengesahkan secara rasmi nama dron ini, DJI dijangka akan melancarkan DJI Mini 4 Pro yang akan tampil dengan rekaan kompak bersama berat 249gram sahaja.

Selain itu, DJI Mini 4 Pro juga dijangka akan menampilkan ciri mengesan halangan Omnidirectional Active Obstacle Sensing, rakaman video 4K pada kadar 100fps, imej 48MP, 34 minit waktu penerbangan dan jarak sehingga 20KM.

Dalam pada itu, DJI Mini 4 Pro juga akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September iaitu kurang 24 jam selepas pelancaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.