Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mini 4 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,399

dji mini 4 pro malaysia

DJI secara rasminya telah memperkenalkan dron terbaru syarikat iaitu DJI Mini 4 Pro.

DJI Mini 4 Pro mentakrifkan semula sempadan dron kamera mini, menandakan aras baharu untuk merakam dan berkongsi detik yang menggembirakan. Dengan penderiaan halangan omni-directional dan teknologi penghantaran video DJI O4 yang unggul.

Pengimejan Berkualiti

DJI Mini 4 Pro menawarkan pengimejan termaju dengan sensor CMOS 1/1.3 inci, platform pemprosesan imej baharu dan gabungan ISO asli dwi, ciri teknologi gred pawagam. Sensor ini memiliki aperture f/1.7, resolusi imej 48MP, video HDR 4K/60fps dan keupayaan Slo-Mo 4K/100fps.

Terokai tangkapan berorientasikan potret dengan True Vertical Shooting, merakam imej dan video tanpa kompromi. Dalam mod video Night Shots, piksel 2.4μm dan algoritma pengurangan hingar yang dipertingkatkan memastikan rakaman yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Selain itu, Mini 4 Pro juga membolehkan kawalan pasca pengeluaran gred profesional melalui rakaman D-Log M 10-bit, memberikan akses kepada lebih satu bilion warna.

Seterusnya, DJI Mini 4 Pro memastikan keselamatan melalui penderiaan halangan omni-directional, menggunakan berbilang penderia penglihatan sudut lebar dan ke bawah untuk mengesan halangan dari semua arah. Ianya turut disertakan dengan ciri Advanced Pilot Assistance Systems (APAS) yang termasuk ciri brek automatik dan pintasan halangan, meningkatkan keselamatan dalam penerbangan.

DJI Mini 4 Pro menawarkan sehingga 34 minit masa penerbangan, dan ianya boleh dilanjutkan kepada 45 minit yang mengagumkan dengan Intelligent Flight Battery Plus.

Dalam pada itu, Transimisi video O4 perdana DJI menawarkan kawalan ultra responsif dan penghantaran video FHD 1080p/60fps lancar pada jarak sehingga 20 km.

Lebih lanjut,  Mini 4 Pro juga dilengkapi  fungsi laluan automatik Waypoint Flight dan kurangkan keletihan pengendali dengan Cruise Control untuk penerbangan jarak jauh dan keadaan mantap.

Sistem Return-to-Home Mini 4 Pro yang lanjut menavigasi laluan penerbangan yang selamat kembali secara automatik, dengan kawalan tambahan semasa penerbangan pergi balik melalui ciri AR RTH.

DJI Mini 4 Pro mulai hari ini di Kedai Rasmi DJI, Shopee dan Lazada pada harga dari RM 3,399 sehingga RM 4,899.

  • Mini 4 Pro (DJI RC-N2) –RM3,399
  • Mini 4 Pro (DJI RC 2) – RM4,189
  • Mini 4 Pro Fly More Combo (DJI RC 2) –RM4,599)
  • Mini 4 Pro Fly More Combo Plus (DJI RC 2) –RM4,889
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.