Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Series akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini

Xiaomi telah mengesahkan bahawa Xiaomi 13T Series akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 26 September ini dan ianya akan berlangsung serentak dengan pelancaran global.

Xiaomi 13T Series dijangka akan terdiri daripada 2 model iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro yang menjadi telefon pintar pertama Xiaomi T Series untuk menawarkan sistem kamera Leica.

Selain itu, Xiaomi 13T dijangka akan tampil dengan MediaTek Dimensity 8200 Ultra manakala Xiaomi 13T Pro pula tampil dengan cip Dimensity 9200+.

Seterusnya, telefon pintar ini juga dijangka akan tampil dengan skrin paparan OLED 144Hz, sistem tri-kamera 50MP, kamera selfie 20MP dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W HyperCharge.

Segala spesifikasi dan maklumat harga jualan di Malaysia dijangka akan diumumkan pada majlis pelancaran tempatan telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.