Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi TV A Series kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 899 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan televisyen pintar Xiaomi TV A Series yang ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik namun menawarkan pelbagai ciri yang rekaan yang premium.

Xiaomi TV A Series ditawarkan didalam dua saiz iaitu 55-inci dan 43-inci manakala saiz 32-inci akan ditawarkan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Xiaomi TV A Series tampil dengan reka bentuk bezel logam premium yang nipis dengan resolusi sehingga 4K. Siri ini juga menampilkan pembesar suara 20W Dolby Audio, DTS-HD, dan DTS Virtual: X2 untuk kualiti audio yang sangat imersfi.

Ia juga menyokong Bluetooth 5.0 untuk sambungan lancar, dengan pelbagai ciri pintar disertakan seperti Google TV, Hey Google, Chromecast terbina dalam, Play Store untuk akses segera kepada filem dan rancangan merentas aplikasi kegemaran pengguna.

Xiaomi TV A Series saiz 55-inci (4K) akan ditawarkan pada harga RM 1,399 manakala saiz 43-inci (FHD) akan ditawarkan pada harga RM 1,199. harga bagi saiz 32-inci tidak diumumkan.

Dalam pada itu, Xiaomi juga telah mengumumkan promosi jualan pertama bagi Xiaomi TV A Series secara eksklusif di Lazada pada 9 September dimana anda boleh mendapatkan Xiaomi TV A 55-inci pada harga promosi RM 1,499 dan Xiaomi TV A 43-inci pada harga RM 899 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.