Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi TV A Pro Series kini rasmi di Malaysia

Selain pelancaran Xiaomi TV A Series, Xiaomi juga telah memperkenalkan tiga model TV pintar dibawah Xiaomi TV A Pro Series yang lebih premium namun masih ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Xiaomi TV A Pro Series tampil reka bentuk ‘single stand’ dan bingkai logam premium tanpa bezel yang sesuai dengan mana-mana estetika rumah moden.

Ia juga menampilkan paparan 4K UHD dengan kadar penyegaran 60Hz bersama ciri MEMC untuk pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Siri ini juga dilengkapi dengan ciri audio premium seperti Dolby Audio, DTS-X, dan DTS Virtual:X1, ditambah dengan pembesar suara 24W (2 x 12) untuk memberikan pengalaman audio terbaik untuk pengguna menikmatinya semasa menstrim mereka.

Selain itu, pengguna juga boleh mengakses kandungan menghiburkan daripada pelbagai platform penstriman melalui kepada sistem Google TV, serta arahan suara dan mengurus tugas harian melalui Google Assistant yang terbina .

Xiaomi TV A Pro Series tersedia didalam tiga saiz iaitu 43-inci, 55-inci dan 65-inci masing-masing pada harga RM 1399, RM 2,199 dan RM 2,699.Xiaomi TV A Pro Series akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 September 2023 pada harga istimewa RM 1,199 bagi model 43-inci, RM 1,999 bagi model 55-inci dan RM 2,499 bagi model 65-inci. Pembelian boleh dilakukan di stor Xiaomi diseluruh Malaysia.

Selain itu, Xiaomi TV A Pro Series juga boleh dibeli di pameran Xiaomi Smart Living di Sunway Pyramid pada 9 September ini dan 100 pembeli pertama akan turut menerima hadiah percuma seperti dibawah :

Pembelian di pameran Xiaomi Smart Living di Sunway Pyramid juga membolehkan anda menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM 11,997.

Jangan lupa kunjungi pameran Xiaomi Smart Living di Sunway Pyramid (LG, Blue Concourse ) yang kini berlangsung dari 7 hingga 10 September 2023

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.