Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pegawai Kerajaan China dilaporkan melarang penggunaan iPhone ditempat kerja

Laporan terbaru daripada Wall Street Journal mendakwa bahawa kerajaan China telah mengeluarkan arahan yang melarang pegawai kerajaan menggunakan iPhone dan peranti jenama asing di tempat kerja kerana risiko keselamatan.

Larangan ini secara asasnya adalah perancangan daripada kerajaan China untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing selain memastikan risiko kebocoran data sensitif dikurangkan.

Selain itu, laporan susulan Bloomberg News juga mendakwa bahawa larangan ini akan turut melibatkan agensi kerajaan dan syarikat GLC di China.

Menariknya, China merupakan salah satu daripada pasaran terbesar bagi Apple dan ianya turut mempunyai beberapa kilang pengeluaran mega. Larangan ini mungkin boleh dilihat sebagai tindak balas kepada larangan AS terhadap HUAWEI, ZTE dan TikTok.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.