Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Series disahkan akan menerima 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan

Xiaomi 13T Series telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 26 September ini dan pelancaran global telefon pintar flagship terbaru Xiaomi ini akan berlangsung di Berlin, Jerman.

Dalam pada itu, pengarah komunikasi Xiaomi iaitu Daniel Desjarlais kini telah mengesahkan bahawa Xiaomi 13T Series akan menerima 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Sebagai perbandingan, Xiaomi 12T Series hanya menawarkan 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan namun pengumuman ini meletakkanya setaraf dengan penawaran flaghsip daripada syarikat seperti Samsung.

Ini bermaksud, Xiaomi 13T Series akan menerima sokongan kemaskini sehingga Android 17 kerana ianya akan dilancarkan dengan Android 13 dan bukanya Android 14.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.