Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 60x dilancarkan dengan cip Dimensity 6100+ dan sensor utama 50MP

Selepas melancarkan realme Narzo 60 dan Narzo 60 Pro pada bulan Julai yang lalu, realme kini telah memperkenalkan realme Narzo 60x di India.

realme Narzo 60x memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dijana cip Dimensity 6100+,4GB atau 6GB RAM dan storan 128GB serta sokongan slot MicroSD.

Pada bahagian belakang, realme Narzo 60x  menampilkan penggunaan sensor utama 50Mp bersama sensor potret 2MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 8MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan bicu audio 3.5mm.

realme Narzo 60x  kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Stellar Green dan Nebula Purple pada harga serendah dari INR 12,999 (RM 731).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.