Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Watch6 Edisi Thom Browne kini dilancarkan secara rasmi

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Watch6 didalam edisi Thom Browne yang tampil dengan rekaan ikonik Thom Browne yang menampilkan elemen kulit kerikil hitam dan butiran grosgrain.

Selain itu, panel luar telefon pintar ini menampilkan jalur berwarna merah, putih dan biru yang sinonim dengan Thom Browne, tekstur fabrik terukir pada kaca belakang, bingkai hitam dan engsel emas serta gelung emas di sekeliling sensor kamera. Edisi terhad juga dilengkapi dengan dua sarung kulit yang berbeza serta S Pen edisi khas. Kotak pembungkusan adalah bertemakan beg bimbit ikonik Thom Browne.

Dalam pada itu, Galaxy Watch6 juga edisi khas ini tampil dengan rangka berwarna emas, rekaan watch faces istimewa dan logo Thom Browne yang diukir pada sisi rangka. Ianya ditawarkan didalam dua tali iaitu tali kulit kerikil hitam dan tali berjalur merah, putih dan biru. Warna tema ini juga digunakan pada adapter pengecas 25W, pengecas jam Galaxy Watch6 dan kabel USB-C yang diperbuat daripada fabrik.

Akhir sekali, Galaxy Z Fold5 and Galaxy Watch6 Thom Browne Editions akan ditawarkan mulai 12 September ini dibeberapa pasaran yang terpilih termasuk di Korea Selatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.