Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 60 Series disahkan menawarkan sokongan 5G dengan cip 7nm Kirin 9000S

Tanpa angin dan ribut, HUAWEI secara tiba-tiba telah memperkenalkan telefon pintar HUAWEI Mate 60 Series minggu lalu dan terdapat ura-ura yang mengatakan telefon pintar ini menawarkan sokongan 5G selepas sekian lama.

Bloomberg melaporkan bahawa HUAWEI Mate 60 Series hampir pasti untuk hadir dengan cip 7nm yang dikeluarkan oleh SMIC dengan penjenamaan Kirin 9000S namun lebih penting adalah sokongan 5G yang ditawarkan.

Kemampuan untuk mengeluarkan cip 7nm oleh Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC) adalah satu kejayaan yang luar biasa kerana ianya terhasil tanpa sebarang penggunaan teknologi 5G daripada syarikat AS.

HUAWEI Mate 60 dan Mate 60 Pro kini telah mula ditawarkan dipasaran China dan pelancaran global telefon pintar ini sudah pastinya adalah sesuatu yang dinantikan oleh ramai pihak.

HUAWEI Mate 60 Pro kini dilancarkan secara rasmi dengan cipset Kirin 9000S

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.