Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A38 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599

OPPO A38 yang dilancarkan di beberapa pasaran juga telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

OPPO A38 memiliki skrin paparan Sunlight Display  90Hz berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan ianya turut memiliki takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 5MP.

Selain itu, OPPO A38 juga dijana cip MediaTek Helio G80, 4GB RAM + 4GB Extended RAM,  storan dalaman 128GB bersama sokongan kad microSD sehingga 1TB dan kelancaran peranti seperti baharu untuk tempoh 36-bulan.

Beralih ke kamera, OPPO A38  tampil dengan satu sensor utama 50MP dan sensor mono 2MP.

Dalam pada itu, OPPO A38 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W SUPERVOOC, bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.3.

OPPO A38 ini kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Gold dan Black pada harga RM 599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.