Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Watch6 – Penambahbaikan Berterusan, Terbaik untuk telefon pintar Samsung Galaxy

Samsung Galaxy Watch6 Malaysia

Pengenalan

Samsung Galaxy Watch6 Series dilancarkan secara rasmi bersama Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Fold5 baru-baru untuk meneruskan momentum positif jam pintar keluaran syarikat ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Galaxy Watch5 Series adalah antara jam pintar terbaik keluaran syarikat ini dan  Samsung Galaxy Watch6 Seris boleh dikatakan jam pintar yang kelihatan hampir sama namun dengan penambahbaikan dalaman dan luaran yang pasti meningkatkan kepuasan penggunaan.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch6 tampil dengan cip Exynos W930 yang merupakan cip 5nm dual-core Cortex-A55 yang sama seperti pada cip W920 yang digunakan pada Galaxy Watch5 Series namun ianya mempunyai kelajuan 1.4GHz dan ini membolehkan operasi jam pintar ini adalah 18% lebih pantas. Ianya juga memiliki 2GB RAM dan 16GB storan dalaman.

Seterusnya itu, Galaxy Watch6 ini beroperasi pada Google Wear OS 4 dengan antaramuka Samsung One UI 5 dan ianya tampil dengan rekaan widget yang baharu dan beberapa pilihan watch faces untuk pengguna.

Rekaan

Samsung Galaxy Watch6 tampil dengan rekaan yang sama seperti Watch5 namun bezel pada sekeliling skrin adalah lebih kecil yang membolehkan skrin yang digunakan adalah 20% lebih besar dengan dan pada masa yang juga 30% lebih nipis.

Selain itu, Galaxy Watch6 ini tampil didalam dua saiz kerangka iaitu 40mm yang memiliki skrin paparan 1.3-inci dan 44mm yang memiliki paparan berukuran 1.5-inci. Paparan Super AMOLED ini menawarkan kecerahan maksima sehingga 2,000nits dengan fungsi Always On Display brightness adjustment.

Unit ulasan kami adalah Galaxy Watch6 bersaiz 44mm (Bluetooth) yang tampil didalam warna Silver dan terdapat juga warna graphite.

Agak mengecewakan, Galaxy Watch6 tidak mempunyai rotating bezel seperti Galaxy Watch6 Classsic.

Dalam pada itu, salah satu perubahan ketara pada Galaxy Watch6 adalah penggunaan butang yang boleh digunakan untuk memasang dan menanggalkan tali jam daripada kerangka dengan mudah. Ianya juga menyokong tali jam pihak ketiga yang bersaiz 20mm.

Seterusnya, Galaxy Watch6 tampil didalam rekaan yang lebih nipis dengan berat sekitar 33.3 gram bagi saiz 44mm dimana rangka jam pintar ini diperbuat daripada aliminium dengan lapisan gelas pada bahagian bawah. paparan hadapan juga dilapisi gelas Sapphire Crystal.

Penggunaan bahan yang premium pada Galaxy Watch6 ini memastikan jam pintar ini tidak mudah calar walapun dengan penggunaan yang berterusan dan kasar.

Lebih-lebih lagi, jam pintar terbaru Galaxy Watch6 ini juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 bersama penarafan 5ATM yang membolehkan jam pintar ini digunakan pad kedalaman sehingga 50 meter.

Beralih kepada penawaran butang fizikal, Galaxy Watch6 memiliki dua butang pada sisi kanan kerangka iaitu Home Button dengan sedikit elemen warna merah dan Back Button untuk kawalan menyeluruh dan akses mudah kepada semua ciri yang dimiliki jam pintar ini.

Ciri Kecergasan dan Kesihatan

Samsung telah menambahbaik parameter kesihatan pada Galaxy Watch6 dimana sensor inframerah pada jam pintar ini kini turut digunakan untuk menilai kualiti tidur pengguna. Sebelum ini, sensor inframerah hanya digunakan kitaran haid dan kesuburan wanita.

Samsung Galaxy Watch6 kini tampil dengan Sleep Score Factors jumlah masa tidur, kitaran tidur, masa terjaga, serta pemulihan fizikal dan mental – untuk membantu pengguna memahami kualiti tidur pada setiap malam.

Selain itu, Galaxy Watch6 menawarkan analisa Sleep Consistency  yang menunjukkan betapa konsistennya masa tidur dan bangun pengguna, dan Simbol Haiwan  yang ditetapkan mewakili jenis tidur yang dicapai mereka.

Seterusnya, ciri kecergasan juga lebih diperibadikan untuk memastikan pengguna bermotivasi sepanjang masa. Komposisi Badan, dengan ukuran fizikal utama seperti otot rangka, kadar metabolisme basal, air dan peratusan lemak badan, memberikan gambaran lengkap badan dan kecergasan pengguna, menawarkan pendekatan yang disesuaikan untuk menetapkan matlamat, menjejaki kemajuan dan membimbing melalui kecergasan peribadi dan kini turut disertakan dengan petua pemakanan melalui kerjasama dengan Whisk.

Lebih-lebih lagi, ciri Personalized Heart Rate Zone  menganalisis keupayaan fizikal individu dan mentakrifkan lima tahap degupan jantung yang optimum untuk membantu pengguna menetapkan sasaran mereka sendiri berdasarkan keupayaan mereka ketika senaman berintensiti tinggi.

Sebagai tambahan kepada lebih 100 aktiviti kecergasan , Track Run merupakan aktiviti baru yang ditambah yang membantu merekod larian pengguna di trek, manakala Custom Workout membolehkan pengguna cipta dan menjejak rutin senaman peribadi mereka.

Selain itu, selain ciri bacaan tekanan darah dan elektrokardiogram sedia ada, ciri notifikasi Irama Jantung Tidak Teratur juga akan membantu pengguna memahami kesihatan jantung mereka secara lebih komprehensif dengan memeriksa irama jantung yang menunjukkan fibrilasi Atrium (AFib) sepanjang masa walaupun semasa tidur.

Akhir sekali, ciri yang paling penting pada Galaxy Watch6 namun pasti ramai berharap tidak akan digunakan adalah ciri ‘Fall Detection’ yang boleh mengesan jika anda terjatih, sama ada ketika bersenam, semasa berdiri, atau jatuh dari katil semasa tidur. Setelah jatuhan dikesan, jam tangan anda akan memaklumkan nombor perkhidmatan kecemasan atau kenalan yang telah dipilih secara automatik.

Bateri

Samsung Galaxy Watch6 (44mm) memiliki bateri berkapasiti 420mAh yang mampu menawarkan anda penggunaan penuh sehari dengan segala ciri kecergasan dan kesihatan direkodkan.

Samsung mendakwa bateri ini mampu menawarkan sehingga 40 jam waktu penggunaan atau sekitar 40

jam apabila ciri Always On diaktifkan. Secara purata, kami melihat jam pintar ini mampu menawarkan antara 1-2 hari penggunaan sebelum pengecasan semula.

Akhir sekali, Samsung juga menawarkan sokongan pengecasan pantas yang mampu memberikan 45% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Penutup

Samsung Galaxy Watch6 adalah sebuah jam pintar terbaik dipasaran bagi pengguna peranti Samsung secara khususnya.

Jika anda pengguna telefon pintar Samsung dan sedang mencari sebuah jam pintar Android terbaik, Galaxy Watch6 adalah sesuatu yang anda patut pertimbangkan.

Walaubagaimanapun, jika anda sudah memiliki Galaxy Watch5 dan memikirkan untuk upgrade ke Watch5, kami berpendapat ianya tidak begitu berbaloi kerana penambahbaikan antara dua generasi ini tidak terlalu ketara.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Watch6 Series di Malaysia pada harga dari RM 1,099.

Beli Samsung Galaxy Watch6 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.