HUAWEI Mate 60 turut dilancarkan dengan cip Kirin 9000S dan kamera XMAGE
Tanda diduga, HUAWEI telah memperkenalkan Mate 60 Pro beberapa hari lalu dan ianya turut disertakan dengan HUAWEI Mate 60.
HUAWEI Mate 60 tampil dengan banyak persamaan seperti model Mate 60 Pro namun terdapat beberapa perbezaan dan yang paling ketara adalah penggunaan sensor selfie 13MP tanpa sebarang sensor tambahan untuk pengecaman wajah.
Seterusnya, Mate 60 menampilkan skrin paparan berukuran 6.69-inci yang merupakan panel LTPO OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula dinamik 1-120Hz. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass generasi ke-2.
Beralih kepada kamera, Mate 60 Pro memiliki sensor utama 50MP yang memiliki aperture fizikal boleh ubah f/1.4-f/4.0, sensor ultrawide 12MP dan sensor periskop 12MP dengan zoom optikal 5x. Ianya memiliki rekaan yang sama dan tidak lupa sistem kamera XMAGE.
Selain itu, HUAWEI tidak menyatakan dengan jelas jenis cipset yang digunakan, namun ianya dikatakan memiliki cip Kirin 9000S seperti Mate 60 Pro dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Lebih lanjut, Mate 60 juga memiliki bateri 4,750mAh dengan pengecasan pantas 66W, HarmonyOS 4.0 dan sistem komunikasi satalite BeiDou di China.
Akhir sekali, Mate 60 akan ditawarkan pada harga bermula dari CNY 5,999 (RM 3,819) didalam 4 pilihan warna iaitu Black, White, Green dan Purple.
Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat pelancaran antarabangsa didedahkan.