Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air 5 kini di Malaysia – fon telinga mampu milik berharga RM 299 sahaja

Selain realme 11  5G dan realme Pad 2, syarikat ini juga telah memperkenalkan peranti TWS terbaru mereka di Malaysia iaitu realme Buds Air 5.

realme Buds Air 5 ini memiliki pemacu 12.4mm, pembatalan bunyi hingar aktif sehingga 50dB , Dynamic Bass Boost, 6 mikrofon untuk pembatalan bunyi hingar ketika panggilan dan Bluetooth 5.3

Selain itu, earbuds ini juga membawakan ciri Super Low Latency pada kadar 45ms dan menawarkan sehingga 38 jam waktu pendengaran apabila digunakan bersama pengecasan serta kalis air dan habuk IP54.

realme Buds Air 5 kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Artic White dan Deep Sea Blue pada harga RM 299 dan setiap pembelian akan turut menerima baucar diskaun RM 30 bagi pembelian realme Watch 2 Pro atau realme Watch 3.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.