Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tiga produk CMF by Nothing tertiris – pelancaran mungkin berlangsung pada 26 September ini

Pada awal bulan ini, Nothing telah mengumumkan pelancaran sub-jenama CMF by Nothing yang dilancarkan untuk memberikan pengguna akses kepada produk yang lebih berpatutan namun masih menawarkan kualiti setaraf peranti keluaran Nothing.

Laporan terbaru mendakwa bahawa CMF by Nothing akan mengadakan pelancaran produk pada 26 September ini dan sebanyak tiga produk terbaru syarikat ini akan dilancarkan iaitu CMF by Nothing Watch Pro, CMF by Nothing Buds Pro dan CMF by Nothing Power 65W GaN.

Sedikit spesifikasi produk ini dimulakan dengan CMF by Nothing Watch Pro yang memiliki skrin paparan AMOLED Always On Display (50Hz) berukuran 1.96-inci, kerangka aluminium, 100 watch faces, 110 mod kecergasan, pengukur kadar degupan jantung, bacaan SpO2, analisa tidur, analisa stress, penarafan IP68, GPS dan bateri 330mAh.

Seterusnya, CMF by Nothing Buds Pro pula ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) terbaik didalam kelasnya iaitu sehingga 45dB, 11 jam pendengaran muzik tanpa ANC melalui bateri 55mAh pada earbuds, pemacu dinamik 10mm, bekas pengecasan dengan bateri 450mAh dan penarafan IP54.

Produk ketiga dan terakhir adalah palam pengecas CMF by Nothing Power 65W GaN yang tampil dengan rekabentuk kompak dengan sokongan USB PD 3.0, Qualcomm QuickCharge 4.0+/3.0/2.0, mengecas peranti Apple pada kadar 2.4A, peranto Samsung pada kadar 9V2A,  SCP, FCP, PPS, dan DCP.

Menariknya, kesemua produk ini tampil didalam warna jenama CMF iaitu oren, jauh berbeza daripada pendekatan rekaan lutsinar daripada Nothing.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.