Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus dilaporkan bakal menghentikan pengeluaran Zenfone Series

Asus dilaporkan bakal menghentikan pengeluaran Zenfone Series 1

Asus dilaporkan bakal menghentikan pengeluaran Zenfone Series 2

Asus Zenfone Series telah berada dipasaran sejak tahun 2014 dan setakat ini kira-kira 80 model Zenfone telah dilancarkan namun harapan untuk melihat siri ini diteruskan adalah semakin tipis.

Laporan dari TechNews yang berpangkalan di Taiwan mendakwa bahawa Asus telah membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran telefon pintar Zenfone Series dan akan melalui penstrukturan semula organisasi.

Selain itu, laporan ini juga menambah bahawa Asus akan mengalihkan pekerja di bahagian Zenfone ke bahagian ROG Phone dan ini juga melibatkan pengurangan kakitangan.

Buat masa ini Asus masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status Zenfone Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.