Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pertandingan Samsung Solve for Tomorrow kembali lagi

Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan pelancaran pertandingan ‘Samsung Solve for Tomorrow 2023’, suatu pertandingan antara pelajar sekolah menengah bagi memupuk minat, menggabungkan pendidikan dan teknologi.

Pertandingan ini memberi peluang kepada para pelajar mencipta hasil inovasi dan menyelesaikan masalah dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi komuniti masyarakat setempat.

Memandangkan inovasi menjadi semakin penting dalam masyarakat kita, keperluan semakin meningkat untuk menyediakan generasi akan datang dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang didorong oleh penyelidikan.

Menyedari kepentingan untuk mempertingkatkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara kita, Samsung’s Solve for Tomorrow 2023 sejajar dengan penekanan negara terhadap kepentingan pendidikan tinggi, bagi menyediakan ruang kepada pelajar sekolah menengah untuk melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan inovasi, pertandingan ini menyokong dan memperkukuh komitmen pendidikan masa hadapan yang membantu untuk memajukan generasi akan datang.

Samsung Malaysia’s Solve for Tomorrow 2023 adalah usaha kerjasama antara Samsung Malaysia dan Pusat STEM Universiti Malaya, yang menekankan penyelidikan, analisis dan kerja berpasukan khusus untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari semua sekolah menengah kebangsaan di negara.

Pertandingan Solve for Tomorrow tahun ini bertemakan ‘Start with Can‘, bertujuan untuk memanfaatkan kebolehan diri setiap peserta dan menanamkan keyakinan diri mereka, menanam minat untuk sentiasa mahu menyelesaikan masalah serta untuk mendorong mereka terus berfikir secara inovatif.

Kerjasama antara Pusat STEM Universiti Malaya dan Samsung Malaysia adalah untuk memupuk pertumbuhan negara yang lebih maju dan memenuhi keperluan ekonomi berasaskan STEM.

Fokus untuk tema tahun 2023 adalah kepada 3 isu sosial kritikal: ‘Pendidikan & Pembelajaran’, ‘Alam Sekitar & Kelestarian’ dan ‘Kesihatan & Kesejahteraan’. Dengan mengutamakan isu yang mendesak ini, pertandingan ini bertujuan untuk merangsang pemikiran kritis di kalangan pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang boleh membawa perubahan kepada komuniti masyarakat.

Tema ‘Pendidikan & Pembelajaran’ memberi fokus kepada halangan dan cabaran terhadap akses peluang pendidikan yang sama. Dengan menggalakkan para pelajar berfikir secara kreatif, persaingan memperkasakan usaha meningkatkan akses, kualiti dan keterangkuman dalam pendidikan, demi menyumbang kepada sistem yang lebih saksama dan inklusif.

‘Alam Sekitar & Kelestarian’ kekal sebagai keutamaan, menekankan keperluan mendesak untuk melindungi bumi kita. Pertandingan ini mendorong pelajar untuk menjana idea dan inisiatif inovatif yang menggalakkan amalan kelestarian, pemuliharaan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar, memperkasakan minda mereka untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif dan masa depan yang lebih mampan.

‘Kesihatan & Kesejahteraan’ adalah fokus sosial di tahun 2023 menjadikan kepentingan mempromosi kesejahteraan fizikal dan mental keutamaan dalam komuniti masyarakat. Pertandingan ini akan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka pendekatan inovatif dalam menangani isu kesihatan, meningkatkan keboleh capaian penjagaan kesihatan, dan menggalakkan gaya hidup sihat, bertujuan untuk memupuk inisiatif yang memberi kesan positif kepada individu dan komuniti, yang membawa kepada pembinaan komuniti masyarakat yang lebih sihat dan berdaya tahan.

Dengan menangani tiga isu sosial kritikal ini, program Solve for Tomorrow Samsung Malaysia 2023 berhasrat untuk memperkasakan pelajar agar dapat menyumbang kepada masa depan yang lebih inklusif, mampan dan lebih sihat untuk komuniti masyarakat dan sejagat.

Semua peserta Solve for Tomorrow 2023 perlu membentangkan idea dan penyelesaian inovatif mereka dalam menangani salah satu daripada tiga tema, yang mana kesemuanya memainkan peranan penting dalam kemajuan negara. Setiap kumpulan yang terdiri daripada tiga pelajar perlu menghuraikan masalah yang mahu diselesaikan dan menerangkan bagaimana STEM membantu menangani masalah tersebut.

Penerangan terhad kepada 1000 patah perkataan sahaja. Samsung Malaysia dan Universiti Malaya akan menilai berdasarkan beberapa kriteria, seperti perkaitan isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, aplikasi STEM, dan pembentangan penyelesaian yang inovatif.

Penyertaan yang dipilih akan diumumkan di laman web Samsung Malaysia’s Solve for Tomorrow pada bulan September.

Peserta tersebut juga akan memperoleh bantuan daripada mentor dan pakar untuk meningkatkan idea dan mencipta prototaip mereka sendiri dalam Design to Win Workshop.

Pemenang akan dipilih melalui proses pemilihan kompetitif pada Disember 2023 dan dianugerahkan hadiah berikut:

Hadiah Pertama: Produk Samsung bernilai sehingga RM12,000 kepada pihak sekolah dan RM6,000 setiap peserta.

Hadiah Kedua: Produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 kepada pihak sekolah dan RM5,000 setiap peserta.

Hadiah Ketiga: Produk Samsung bernilai sehingga RM8,000 kepada pihak sekolah dan RM4,000 setiap peserta.

Hadiah Saguhati: Dua kumpulan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM4,500 kepada pihak sekolah dan RM700 setiap peserta.

 Pendaftaran untuk menyertai Solve for Tomorrow kini dibuka, peserta mempunyai masa sehingga 22 September 2023 untuk menghantar penyertaan mereka.

Anda juga boleh menonton pembentangan para pemenang daripada senarai pemenang tahun lepas di Solve For Tomorrow – Winners | Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Solve for Tomorrow, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2023/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.