Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia REDMAGIC 9 dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dikesan di GeekBench

nubia REDMAGIC 9 dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dikesan di GeekBench 1

nubia REDMAGIC 9 dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dikesan di GeekBench 2

Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cipset Snapdragon 8 Gen 3 mereka pada penghujung bulan Oktober namun ujian protaip bersama pengeluar telefon pintar telah pun bermula.

Sebuah model prototaip telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 telah dikesan di GeekBench yang menyaksikan ianya memperoleh mata ujian multi-core sebanyak 5,977 iaitu 20% lebih baik berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2.

nubia REDMAGIC 9 dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dikesan di GeekBench 3

Seterusnya, telefon pintar yang dikesan di GeekBench ini adalah NX769J iaitu ZTE nubia Red Magic 9 yang dilihat mempunyai 12GB RAM dan Android 14.

Qualcomm dilaporkan akan memperkenalkan arkitektur baharu pada cipset flaghsip ini dimana CPU-nya akan memiliki konfigurasi teras 1x Cortex-X4 + 5x Cortex-A720 + 2x Cortex-A520 dan GPU Adreno 720.

Segala teka-teki mengenai cipset Snapdragon 8 Gen 3 akan terjawab pada Snapdragon Summit yang dijangka akan berlangsung pada 24 Oktober.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.