Qualcomm lancar cip Snapdragon G Series untuk peranti gaming handheld
Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan cipset khusus bagi konsol permainan mudah alih iaitu Snapdragon G Series yang baru, dibina untuk memenuhi prestasi dan ciri unik yang diperlukan oleh peranti permainan khusus.
Snapdragon G Series yang baru ini membolehkan pengguna bermain pelbagai permainan popular dan menawarkan pelbagai cara untuk bermain hampir semua jenis permainan, di mana sahaja.
Snapdragon G Series ini terdiri daripada tiga model cipset iaitu Snapdragon G1, Snapdragon G2 dan Snapdragon G3.
Snapdragon G1
cip ini direka untuk mengkuasakan peranti permainan mudah alih tanpa kipas bagi permainan video secara penstriman.
Snapdragon G1 memberikan fokus kepada penyambungan tanpa latensi dan hayat bateri untuk pemain dapat menyiar permainan konsol dan PC kegemaran mereka dengan kualiti terbaik untuk tempoh yang lebih lama.
Ahli pertama dalam keluarga Snapdragon G1 adalah Platform Snapdragon G1 Gen 1, yang mempunyai CPU Qualcomm Kryo (8 Core) bersama dengan GPU Qualcomm Adreno A11 untuk membolehkan peranti penyiaran permainan mudah alih berkualiti tinggi.
Snapdragon G2
Cip ini direka untuk membuka potensi permainan mudah alih dan cloud yang lengkap, dengan pemproses yang sangat dioptimumkan bersama teknologi 5G dan Wi-Fi 6/6E dari Qualcomm FastConnect 6700 Mobile Connectivity System.
Produk pertama dalam peringkat ini adalah Platform Snapdragon G2 Gen 1, yang membolehkan anda bermain permainan mudah alih popular dan awan yang berkualiti premium hampir di mana sahaja. Dengan CPU Kryo terkini (8Core), GPU Adreno A21 yang dioptimumkan untuk permainan dan Sistem Modem-RF Snapdragon X62 5G, platform ini membolehkan pemain meneroka segala genre permainan mudah alih.
Snapdragon G3
G3 adalah cip kelas flaghsip yang direka untuk peminat dan prestasi yang menggunakan perkakasan terbaik daripada kebolehan permainan inovatif Qualcomm Technologies. Di bina atas maklum balas yang luar biasa daripada Razer Edge 5G yang dikuasakan oleh Snapdragon G3x Gen 1, peranti yang dibina menggunakan Snapdragon G3 memberi pengalaman permainan terbaik dalam pelbagai ekosistem permainan.
Platform Snapdragon G3x Gen 2 merupakan produk terbaru dalam Siri G3. Platform Snapdragon G3x Gen 2 mempunyai CPU Kryo (8 Core) dan GPU Adreno A32 yang menawarkan prestasi CPU 30% lebih pantas dan prestasi GPU 2 kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Platform terbaru ini membawa peningkatan prestasi generasi berganda bersama ciri-ciri permainan tinggi, termasuklah ray-tracing , resolusi permainan terbaik, audio Bluetooth premium dengan Suite Teknologi Snapdragon Sound dan rangkaian yang paling responsif melalui Wi-Fi 7 High-Band Simultaneous (HBS) serta sub-6 dan mmWave 5G.
Untuk membantu membawa lebih banyak peranti permainan khusus mercu ke pasaran dengan cepat dan mempercepat saluran rekabentuk pelanggan bagi generasi peranti permainan mudah alih seterusnya, Reka Bentuk Rujukan Permainan Mudah Alih Snapdragon G3x Gen 2 kini boleh didapati dan diuji pada OEM dan ODM terpilih.
Pengumuman produk khusus pelanggan akan menyusul.
Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan pengalaman yang dikuasakan oleh produk Snapdragon Siri G dengan layari: https://www.qualcomm.com/products/catalog/snapdragon-g-series-gaming-platforms