Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro Coral Purple kini rasmi di Malaysia – RM 3,999

Honor Magic5 Pro Coral Purple

Seperti diumumkan sebelum ini, Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor Magic5 Pro didalam warna Coral Purple bersempena dengan bulan kemerdekaan .

Selain panel belakang berwarna Coral Purple yang diperbuat daripada Faux Leather , Magic5 Pro ini  tampil dengan spesifikasi yang sama sahaja yang termasuk skrin Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.81-inci, cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM jenis LPDDR5x dan storan dalaman  512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 7.0 yang berasaskan Android 13.

Selain itu, Honor Magic5 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 50MP yang turut memiliki OIS dan menyokong mod makro sedekat 30cm yang mana sistem kamera ini telah diiktiraf sebagai yang terbaik oleh DxOMark dengan 152 mata.  Kamera selfie adalah unit 12MP bersama ciri 3D facial recognition.

Selain itu, Honor Magic5 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan 66W Honor SuperCharge  dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Honor Magic5 Pro warna Coral Purple ini akan ditawarkan mulai 25 Ogos pada harga RM 3,999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.