Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Series dilaporkan akan dilancarkan pada penghujung bulan September

Xiaomi 13T yang dikatakan sebagai model antarabangsa bagi Redmi K60 telah dikesan pada satu video unboxing dari Guatemala.

Selain Xiaomi 13T, terdapat juga kemungkinan Xiaomi 13T Pro dilancarkan dan ini adalah berasaskan Redmi K60 Ultra yang disahkan akan menerima 4 tahun kemaskini Android.

Selain itu, imej yang dikongsikan juga menunjukkan bahawa Xiaomi 13T mempunyai rekaan yang sama seperti Redmi K60 Ultra kecuali logo Redmi ditukarkan kepada logo Xiaomi dan sensor kamera 50MP juga tidak mempunyai penjenamaan Leica.

Seterusnya, Xiaomi 13T akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Mint dan telefon pintar ini dijangka akan turut memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 20MP.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga akan memiliki skrin paparan 144Hz OLED berukuran 6.67-inci, cip Dimensity 9200+ dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Bercakap mengenai pelancaran rasmi, Xiaomi 13T Series dijangka akan dilancarkan di pasaran global pada penghujung bulan September.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.