Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : nubia Neo 5G – Peranti Gaming Bajet dengan cipset UNISOC 5G

nubia Neo 5GPengenalan

Menyebut sahaja jenama Nubia, sudah pasti ramai akan teringat akan telefon pintar gaming REDMAGIC namun bagi pasaran antarabangsa nubia dan REDMAGIC dilihat sebagai entiti yang berasingan.

Jika REDMAGIC boleh dikatakan sebagai pengeluar telefon pintar gaming flagship, nubia kini mula menawarkan telefon pintar gaming pada harga yang lebih mesra poket dan model pertama yang kini ditawarkan di Malaysia adalah nubia Neo 5G.

Isi kotak nubia Neo 5G

nubia Neo 5G tampil di Malaysia pada harga RM 899 dan ini adalah ulasan telefon pintar gaming bajet terbaru syarikat ini.

 

nubia Neo 5G

Reka Bentuk

Dari segi hadapan, nubia Neo 5G kelihatan seperti kebanyakkan telefon pintar kelas mampu milik yang lain namun rekaan panel belakang sudah pastinya mencuri tumpuan bagi sesiapa sahaja yang terlihat telefon pintar ini.

 

rekaan panel belakang ini adalah mengambil insipirasj dari reka bentuk mekanikal bionik, nubia Neo 5G mengabstrakkan ciri biologi seperti mata, pernafasan dan nadi ke dalam simbol geometri, menggabungkan gaya mesin dengan unsur futuristik dengan sempurna untuk mencipta penampilan yang dinamik dan menarik dengan kesan 3D.  Panel belakang juga menempatkan dua modul kamera Double-Ring Design dengan kemasan berwarna emas yang disesuaikan dengan rekaan panel belakang futuristik ini.

Dalam pada itu, panel belakang nubia Neo 5G ini diperbuat daripada plastik namun ianya bersifat anti capjari manakala kerangka diperbuat daripada keluli dengan ketebalan hanya 7.98mm.

Selain itu, nubia neo 5G ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan War Damaged Yellow seperti unit ulasan kami.

Bercakap mengenai kedudukan butang dan slot, nubia Neo 5G mempunyai butang kuasa yang turut berfungsi sebagai sensor capjari dan butang kelantangan bunyi pada sisi kanan, slot dwi-SIM nano pada sisi kiri diikuti port USB-C, bicu audio 3.5mm dan gril pembesar suara pada bahagian bawah.

Skrin Paparan

nubia Neo 5G disertakan dengan panel IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya juga membawakan anda sokongan kadar segar semula 120Hz yang merupakan antara ciri wajib bagi telefon pintar gaming.

Ianya juga memiliki nisbah kepada skrin 90.5% dan teknologi kecerahan skrin membolehkanya menawarkan 35% kecerahan berbanding panel IPS yang lain.

Selain itu, nubia neo 5G ini juga memiliki sisi bezel skrin yang nipis pada kedua-dua sisi tepi namun bezel dibahagian bawah sedikit tebal.

Pemproses

Sebagai telefon pintar gaming, perkara yang harus difokuskan oleh pengeluar adalah prestasi peranti dan nubia telah mempertaruhkan cipset UNISOC T820 yang merupakan cip 6nm berprestasi tinggi dengan kelajuan maksima sehingga 2.7GHz.

Menariknya, cip UNISOC ini juga telah memperoleh mata ujian AnTuTu 422,384 yang memberikan pengguna sebuah telefon pintar dengan kemampuan gaming yang mencukupi untuk ‘casual gamer’.

Bersama cip ini, nubia Neo 5G juga disertakan dengan 8GB RAM bersama 10GB Dynamic RAM dan storan dalaman 256GB. Dari segi perisian pula, telefon pintar ini tampil dengan MyOS 13 yang berasaskan Android 13.

MyOS 13 juga membawakan reka bentuk UI yang menarik iaitu Damaged Mecha Texture

Selain itu, Game Space pada neo 5G ini memberikan anda kebebasan penuh untuk mengubah tetapan pretasi peranti  yang termasuk tiga tetapan Game Perfomance Enhancement iaitu Eco, Balance dan Rise. Lain-lain tetapan yang menarik adalah Game-Reminder yang memberikan anda peringatan untuk bermain permainan video, Charge Bypass yang membolehkan kuasa digunakan terus tanpa mengecas bateri dan banyak lagi.

Secara keseluruhanya, prestasi nubia Neo 5G adalah cukup memadai dan ianya mampu menjalankan permainan video popular pada tetapan pertengahan yang boleh dikatakan sesuatu yang baik bagi telefon pintar pada tahap harga ini.

Kamera

nubia Neo 5G menampilkan dua kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 50MP dan sensor depth 2MP.

Ianya mampu memberikan pengguna hasil gambar yang memuaskan dan ianya juga disertakan dengan mod malam.

Telefon pintar ini juga disertakan dengan sensor kamera hadapan 8MP bagi keperluan selfie anda.

Berikut adalah beberapa basil gambar dari nubia Neo 5G :

Bateri

nubia Neo 5G dilengkapi dengan bateri 4,500mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 22.5W yang dilihat mencukupi untuk telefon pintar gaming bajet ini.

Menariknya, ianya juga menyokong ciri penggunaan Charge Bypass yang mana kuasa salurkan terus ke papan utama tanpa mengecas bateri dan ini membolehkan anda bermain permainan video dengan menyambungkan kabel pengecasan tanpa perlu risau tentang pemanasan melampau.

Penutup

nubia Neo 5G adalah satu pertaruhan terbaik daripada syarikat ini untuk menawarkan sebuah telefon pintar gaming pada harga yang lebih mesra poket.

Persoalan sudah pastinya timbul apabila telefon pintar ini dilengkapi cip UNISOC yang boleh dikatakan sebagai pendatang baharu didalam industri telefon pintar namun kemampuan cipset ini bersama pakej perisian pada neo 5G memastikan ianya berada pada tahan yang memuaskan.

nubia Neo 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899. 

Dapatkan di stor rasmi nubia Malaysia di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.