Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Baseus Encok Wireless Headphone D02 Pro – fon kepala Mampu milik dengan ciri premium

Baseus adalah sebuah jenama yang mengeluarkan peralatan elektronik pengguna yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan kini ditawarkan di lebih dari 100 pasaran seluruh dunia.

Baseus adalah singkatan kepada nilai teras syarikat ini iaitu ” BASE ON USER” dengan produk yang meliputi adapter pengecasan, audio, lampu, perkakas rumah, aksesori kereta, pelindung telefon dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat elektronik ini juga mempunyai slogan ‘Simple for More’ dan berpangkalan di China.

Baru-baru ini Baseus telah memperkenalkan fon kepala terbaru syarikat iaitu Encok Wireless Headphone D02 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang sangat berpatutan dan menawarkan anda nilai belian yang tiada tandingan.

Anda pasti tertanya-tanya apa kelebihan yang dimiliki  Baseus Encok Wireless Headphone D02 Pro ini dan berikut adalah ciri terbaik pada fon kepala ini

Pemacu Audio 40mm  

fon kepala Encok Wireless Headphone D02 Pro memiliki pemacu audio berdiameter 40mm yang lebih besar dan ini membolehkannya menawarkan kesan bass yang lebih menakjubkan dan nikmati bunyi stereo audio 3D berbilang lapisan tersuai yang memberikan anda pengalaman yang mengasyikkan dan realistik.

Cip Wireless 5.3 : Sambungan Stabil sehingga 10m 

Encok Wireless Headphone D02 Pro turut dilengkapi dengan cip V5.3 baharu yang membolehkan anda menikmati muzik dan panggilan berkualiti tinggi dengan transmisi yang stabil walaupun sejauh 10 meter. Pengguna boleh menikmati panggilan yang jelas dan rendah serta penyegerakan audio-ke-video tanpa sebarang latensi (kependaman).

Jangka Hayat Bateri sehingga 50 jam

Walaupun tampil dengan rekaan yang premium dan elegan, Baseus Encok Wireless Headphone D02 Pro memiliki bateri lithium berkapasiti tinggi (450mAh) yang mampu menawarkan anda sehingga 50 jam waktu pendengaran didalam satu pengecasan penuh.

Jika digunakan secara purata selama 5 jam sehari, anda boleh menikmati hampir 10 hari penggunaan didalam satu pengecasan dan pengecasan penuh fon kepala ini hanya mengambil masa 1.5 jam.

Menyokong penggunaan bersama peranti Apple, Android dan Windows

menawarkan sokongan yang universal dimana ianya boleh digunakan bersama peranti Apple, Android dan Windows tanpa sebarang pada perbezaan kualiti  untuk pengalaman muzik terbaik pada telefon pintar, tablet atau komputer riba.

Tidak kira peranti mana yang anda gunakan, Baseus Encok Wireless Headphone D02 Pro akan menawarkan anda muzik yang imersif dan memuaskan.

Pengalaman Gaming Terbaik dengan kadar latensi rendah

Fon kepala terbaru Baseus ini juga tampil dengan mod gaming yang memberikan anda penyesuaian bunyi dan permainan video yang selari dengan kadar kependaman serendah 60ms sahaja. Ini memastikan anda dapat menikmati audio pada gaming yang lebih memuaskan.

Untuk maklumat lanjut fon kepala Baseus Encok Wireless Headphone D02 Pro dan pelbagai produk teknologi Baseus, anda boleh melayari laman rasmi Baseus.



More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.