Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic kini mula dijual di Malaysia

Selain Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5, Samsung Galaxy Watch6 Series juga telah mula dijual secara rasmi di Malaysia pada harga serendah dari RM 1,099.

Samsung Galaxy Watch6 Malaysia
Samsung Galaxy Watch6

Samsung Galaxy Watch6  hadir didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm manakala Samsung Galaxy Watch6 Classic pula tampil didalam saiz 43mm dan 47mm.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch 6 Classic juga tampil dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan nipis berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut dilapisi gelas sapphire crystal dengan pensijilan kali air 5ATM dan IP69 serta MIL-STD-810H.

Samsung Galaxy Watch6 40mm tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.3-inci manakala Watch6 44mm pula tampil dengan skrin bersaiz 1.5-inci. Galaxy Watch6 Classic pula tampil dengan skrin berukuran 1.3-inci (43mm) dan 1.5-inci pada saiz 47mm. kesemua model ini juga menyokong always on display dan kecerahan maksima sehingga 2,000nits.

Bercakap mengenai bateri, Samsung Galaxy Watch6 44mm dan Watch6 Classic 47mm tampil dengan bateri  425mAh manakala Galaxy Watch6 versi 40mm dan Galaxy Watch6 Classic 43mm memiliki bateri 300mAh.

Samsung Galaxy Watch6 Series ini beroperasi pada sistem operasi One UI Watch 5 (Google Wear), pemproses Exynos W930 , 2GB RAM, 16GB storan dalaman, sensor optical heart rate, sokongan bacaan ECG, lebih 100+ aktiviti kecergasan dan sensor Bioelectrical Impedance (BIA).

Samsung Galaxy Watch6  Classic juga tampil dengan beberapa ciri lebih komprehensif seperti route workout, turn by turn navigation dan Track back.

Samsung Galaxy Watch6 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite, Gold dan Silver pada harga dari RM 1,099 manakala Watch6 Classic ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Silver pada harga dari RM 1,399.

Berikut adalah harga Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic di Malaysia :

  • Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE – RM 1,799
  • Galaxy Watch6 Classic 47mm BT – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE – RM 1,699
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm BT – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 44mm LTE – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 44mm BT – RM 1,199
  • Galaxy Watch6 40mm LTE – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 40mm BT – RM 1,099

Samsung Galaxy Watch6 Series kini ditawarkan dengan promosi yang membolehkan anda menikmati diskaun20% off PWP bagi pembelian  Galaxy Buds Series, Samsung Accessories dan Samsung Care+,  percuma pengecas 15W bernilai RM59 dan percuma   Watch Cradle bernilai RM129 serta penjimatan sehingga  RM300 jika anda membuat trade-in.

Baca ULASAN : Samsung Galaxy Watch6 – Penambahbaikan Berterusan, Terbaik untuk telefon pintar Samsung Galaxy

Dapatkan Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic di Samsung Experience Store yang terdekat atau secara atas talian di Samsung Online Store.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Watch6 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.