Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mix Fold 3 disahkan tidak akan ke pasaran global

Xiaomi Mix Fold 3 baru sahaja dilancarkan di untuk pasaran China dan pasti ramai yang teruja dengan telefon pintar foldable terbaru Xiaomi ini.

Agak menyedihkan, Xiaomi telah mengesahkan berita buruk yang sudah diramal iaitu Xiaomi Mix Fold 3 tidak akan memasuki pasaran antarabangsa dan ini adalah sama seperti generasi Mix Fold sebelum ini.

 

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh pengarah komunikasi Xiaomi iaitu Daniel Desjarlis melalui akaun X (Twitter) beliau.

Sebab kenapa Xiaomi mengambil keputusan ini masih menjadi misteri dan peminat hanya boleh berharap bahawa situasi ini mungkin berubah pada generasi akan datang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.