Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan akan memiliki kerangka titanium

Samsung Galaxy S24 Ultra yang akan dilancarkan pada awal tahun hadapan dilaporkan akan tampil dengan kerangka titanium yang lebih kukuh namun tipster Ice Universe mengesahkan bahawa berat telefon pintar ini tidak akan bertambah.

Menariknya, IU mendakwa berat keseluruhan Galaxy S24 Ultra adalah 233 gram iaitu 1 gram lebih ringan berbanding Galaxy S23 Ultra dan ini sesuatu yang harus diberikan pujian kerana titanium adalah lebih mampat dan berat berbanding aluminium.

Selain itu, khabar angin sebelum ini turut mendakwa bahawa Galaxy S24 Ultra akan tampil dengan paparan yang lebih baik, sensor 50MP 3x telefoto menggantikan sensor telefoto 10MP 3x yang digunakan pada S23 Ultra. Walaubagaimanapun, Samsung akan kekal menggunakan sensor utama 200MP, sensor 10MP 10x periskop dan kamera selfie 10MP.

Pelancaran Samsung Galaxy S24 Ultra masih berbaki beberapa bulan dan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini akan didedahkan dari semasa ke semasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.