Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer Riba Gaming Acer Nitro 16 kini di Malaysia – dari RM 5,799

Acer Malaysia secara rasminya telah melancarkan  komputer riba gaming terbaru syarikat ini iaitu Acer Nitro 16

Acer Nitro 16 tampil dengan cip pemproses siri AMD Ryzen 7000HS dan kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 40, sehingga 1TB SSD dan sehingga 32GB DDR5 5600Hz RAM untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan.

Selain itu, Acer Nitro 16 juga memiliki skrin papara  IPS WQXGA berukuran 16-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan 5% lebih luas skrin berbanding

Acer Nitro 16 ialah satu komputer riba permainan yang hebat. Pada bahagian luaran, ia menampilkan reka bentuk anggun dan moden dengan warna yang menarik secara estetik.

Dalam pada itu, Komputer riba ini dilengkapi dengan papan kekunci lampu belakang RGB 4 zon yang menyepadukan Kekunci NitroSense khusus untuk mengawal kerja dalaman komputer riba manakala kekunci “mod” baharu membolehkan pemain bertukar antara empat mod dengan hanya menekan kekunci.

Seterusnya, Pengguna mempunyai ruang yang mencukupi untuk navigasi yang tepat tanpa tetikus dalam situasi semasa dalam perjalanan di mana ruang terhad kerana Acer Nitro 16 mempunyai pad sentuh 125.0 mm x 76.7 mm.
1

Acer Nitro 16 kini ditawarkan pada harga dari RM5,799. Sempena kempen Acer Day, pelanggan yang membeli Acer Nitro 16 sebelum 17 Ogos 2023 akan turut menerima  Cestus 335 Gaming Mouse dan Predator Gaming Urban Backpack V2 bernilai lebih RM 500.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 dan berpeluang memenangi hadiah bulanan dengan kumpulan hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.