Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V27 5G kini ditawarkan pada harga promosi istimewa Merdeka – dari RM 1,699 sahaja

vivo Malaysia telah mengumumkan promosi Merdeka bagi telefon pintar vivo V27 5G yang kini tampil dengan rebat sehingga RM 200.

vivo V27 5G kini ditawarkan pada harga RM1,699 bagi varian 8GB+256GB dan RM1,799 bagi varian 12GB+256GB. Ianya adalah RM 100 dan RM 200 lebih murah berbanding harga ketika pelancaran.

 

Selain itu, vivo V27 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

 Selain itu, vivo V27 5G juga hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7200 (4nm) dengan kelajuan 2.8GHz manakala kapasiti RAM dan storan dalaman  adalah 8GB/256GB atau 12GB/256GB.

Beralih kepada kamera, telefon pintar ini juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan OIS,  sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta lampu flash LED (ring light).

Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah jenis 50MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, V27 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 182 gram.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.