Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 warna Sunrise Gold kini di Malaysia – RM 799

Xiaomi telah mengumumkan bahawa Redmi Note 12 didalam warna Sunrise Gold kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 (RRP RM 899)

Xiaomi Redmi Note 12 tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini tampil dengan cip Snapdragon 685 dan ianya dipadankan dengan 8GB RAM (+8GB Expandable RAM) dan storan dalaman 256GB .

Dalam pada itu, Redmi Note 12 juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 13MP. Ianya juga memiliki bateri berkapasiti  5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Selain warna Sunrise Gold, Xiaomi Redmi Note 12 juga ditawarkan didalam warna Onyx Gray, Mint Green dan Ice Blue pada harga RM 799.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.