Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Ogos ini

Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa bulan, Xiaomi secara rasminy telah mengesahkan bahawa pelancaran Xiaomi Mix Fold 3 akan berlangsung pada 14 Ogos ini.

Pengasas Xiaomi iaitu Lei Jun berkata bahawa Mix Fold 3 akan menjadi penandaras baharu didalam pasaran foldable tanpa sebarang kekurangan.

Selain itu, dia juga telah berkongsi rekaan baharu Mix Fold 3 yang memiliki engsel baharu dan ianya turut memiliki kamera dengan penjenamaan Leica serta lensa periskop.

Sedikit mengecewakan adalah bahawa terdapat laporan yang mengatakan bahawa Mix Fold 3 akan kekal eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.