Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra dijangka akan menggunakan sensor telefoto 3x 50MP

Belum sempat kehangatan pelancaran Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 reda, sudah mula kedengaran khabar angin memgenai Samsung Galaxy S24 Ultra yang akan dilancarkan awal tahun hadapan.

Baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip5

tipster Ice Universe mendakwa bahawa Samsung Galaxy S24 Ultra akan memiliki sensor telefoto 3x beresolusi 50MP berbanding sensor telefoto 3x beresolusi 10MP pada Galaxy S23 Ultra.

Dalam pada itu, Samsung dilaporkan akan mengekalkan penggunaan sensor 200MP pada Galaxy S24 Ultra manakala sensor periskop 10x juga dilaporkan akan menerima sedikit penambahbaikan namun tiada sebarang maklumat samada sensor ultrawide turut menerima ‘upgrade’.

Seterusnya, Samsung dijangka akan turut mengekalkan penggunaan sensor 12MP yang sama pada Galaxy S24 Series namun dengan optimasi kamera yang lebih baik untuk selfie dan panggilan video.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.