Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y78 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz Curved AMOLED dan sensor utama 64MP OIS

vivo Y78 5G Malaysia

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y78 5G   di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja.

vivo Y78 5G ini  tampil dengan skrin paparan 6.78-inci curved AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin FHD+ yang pertama kali digunakan pada vivo Y Series. Ianya juga mempunyai sensor capjari dalam skrin.

Telefon pintar ini diperbuat daripada plastik namun mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP54, ketebalan 7.89mm dengan berat 189 gram.

Selain itu, telefon pintar ini akan memiliki sensor utama 64MP dengan anti-shake OIS, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

vivo Y78 5G ini dijana cip Snapdragon 695 yang merupakan cip entry-level dengan sokongan 5G bersama 8GB RAM (8GB Extended RAM 3.0) dan storan dalaman 256GB. Ianya juga disertakan dengan antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, vivo Y78 5G ini turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 44W FlashCharge.

vivo Y78 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Dreamy Gold dan Flare Black pada harga RM 1,399 dan setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 599 yang termasuk TWS Earbuds Y Series, filem perlindungan skrin, 180 hari lanjutan waranti dan skrin retak, 3 bulan langganan VIU Premium.

Dapatkan vivo Y78 5G di vivo eStore

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.