Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Coway Malaysia memperkenalkan identiti jenama yang baharu dengan komitmen berterusan untuk mengubah kehidupan rakyat Malaysia

Coway Malaysia

Coway, Syarikat penyelesaian kehidupan terbaik telah memperkenalkan identiti jenamanya yang terbarh semasa pelancaran pembaharuan jenama sebentar tadi.

Inisiatif pembaharuan jenama ini adalah sempena ulang tahun ke-17 Coway yang membuktikan komitmen berterusan Coway dalam meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan terbaik.

Semasa majlis pelancaran ini, wakil utama Coway Malaysia berkongsi tentang perjalanan dan evolusi jenama itu sejak ia mula memasuki pasaran Malaysia pada 2006.

Coway telah mengembangkan penawaran produknya daripada penulen air dan udara kepada pengalaman perkakas rumah yang lebih holistik untuk pengguna di Malaysia.

Ini termasuk pengenalan wajah baharu Coway, sambungan perniagaan baharu seperti produk penghawa dingin Coway dan Kerusi Urut. Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan kerelevanan jenama dan sebagai pemacu utama dalam menyediakan gaya hidup lebih sihat, Coway komited untuk menjadi inovator yang mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Turut memeriahkan acara dengan ialah duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah di mana beliau berkongsi apa yang dimaksudkan dengan “Perubahan” kepadanya dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.

Selain itu, pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, kerusi urut Coway, penghawa dingin Coway, pembersih udara NOBLE dan banyak lagi juga dipamerkan.

Komitmen yang diambil oleh Coway  sejak 17 tahun lalu untuk menawarkan kehidupan rakyat Malaysia yang lebih baik akan terus memenuhi janji ini dalam membawa pengalaman perkakas rumah holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat penyelesaian kehidupan terbaik.

Dalam pada itu, Coway akan mempromosikan dan menggalakkan rakyat Malaysia secara berterusan untuk kekal aktif dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan acara tahunan syarikat – Coway Run yang akan berlangsung pada September akan datang 2023.

untuk maklumat lanjut mengenai Coway,layari www.coway.com.my/ourpromisetoyou.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.