Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony umum jualan PlayStation 5 kini melebihi 40 juta unit

Sony telah mengumumkan bahawa jualan konsol PlayStation 5 telah mencapai angka 40 juta unit setakat 16 Julai 2023 selepas ianya diperkenalkan pada tahun 2022.

Sony sebelum ini telah mengumumkan syarikat itu berjaya menjual 25 juta unit pada tahun kewangan yang berakhir 30 September 2022 dan ini bermaksud Sony telah berjaya menjual tambahan 15 juta unit didalam masa 9 bulan.

Dalam pada itu, penulisan blog pengumuman ini juga mengesahkan bahawa Sony menghadapi masalah bekalan akibat pandemik COVID-19 yang menjadi stok PS5 amat sukar untuk didapati.

Walaubagaimanapun, bekalan konsol ini dilihat mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Selain itu, Sony juga mengesahkan bahawa lebih dari 2,500 permainan video kini ditawarkan untuk platform PS5 dan berikut adalah 40 permainan terbaik yang diundi oleh PlayStation Community.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.